TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA
Kami
di TARANTULA mengucapkan ribuan terima kasih kepada KPP BTPN Perlis, semua PKG
Perlis dan semua sekolah di negeri Perlis yang telah membuat sumbangan bayaran
Data Center tahun 2011.
Terima kasih juga diucapkan kepada PKG Sungai
Balang Johor, PKG Bagan Johor, PKG Bandar Renggam Johor, PKG Bakri Johor, PKG
Jalan Tunku Bendahara Johor, PKG Kota Kelantan, PKG Tapang Kelantan, PKG Ayer
Lanas Kelantan dan PKG Kangkong Kelantan kerana telah menyumbangkan bayaran
Data Center tahun 2011 bagi pihak sekolah ahli masing-masing.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
Sekolah Menengah dan Rendah seluruh Malaysia yang menyokong program automasi iQ-PSS
dan i-NILAM. Anjakan pradigma yang ditunjukkan oleh semua pihak membolehkan
kita mencapai tahap sekolah maju selaras dengan Wawasan 2020.
YURAN TAHUNAN DATA CENTER
Kami
di TARANTULA telah menerima banyak panggilan daripada PTP PKG yang bertanyakan cara
untuk mereka membuat bayaran Yuran Tahunan Data Center bagi pihak sekolah ahli.
Terima kasih kami ucapkan di atas keperihatinan anda semua. Kini anda boleh
mencetak Inbois Yuran Tahunan Data Center 2011 di skrin utama i-NILAM bagi
tujuan bayaran.
KEMASKINI REKOD BACAAN MURID
Rekod
Bacaan Murid 2010 dan 2011 telah diaktifkan. Kini anda boleh mengemaskini data
bacaan bulanan murid berdasarkan kelas Worksheet. Guru NILAM, Guru Penyelaras
NILAM dan GPM sila ambil tindakan. Patuhi arahan yang dipaparkan di skrin Rekod
Bacaan Murid.
iQ-PSS 2011
Kemaskini
iQ-PSS 2010 telah tamat. iQ-PSS 2011 semua sekolah telah dijana oleh sistem.
Semua GPM dan PTP PKG sila ambil tindakan.
ps-SENTRAL server upgrade
Kerja-kerja
naiktaraf server ps-SENTRAL (Sistem automasi pusat sumber) sedang dijalankan
demi kemudahan anda di masa hadapan.
Utiliti Import Data SMM ke i-NILAM
1.Telah
boleh digunapakai oleh semua Guru Data.
2.Sila ikut arahan bantuan satu-persatu yang
dipaparkan dalam skrin Utiliti Import.
Program Automasi i-NILAM dan iQ-PSS 2011
Makluman
kepada semua BTPN, PKG dan Sekolah seluruh Malaysia:
Program NILAM atas talian (i-NILAM) dan Penarafan
Pusat Sumber Sekolah atas talian (iQ-PSS) bagi tahun 2011 masih diteruskan dan
berjalan seperti biasa. Sila patuhi arahan dan maklumat yang dipaparkan di sini
dari masa ke semasa bagi mengetahui tindakan yang perlu anda ambil.
iQ-PSS 2010 dan iQ-PSS 2011
1.Semua
GPM dan PTP PKG dikehendaki melengkapkan iQ-PSS 2010 sebelum 31/01/2011.
2.iQ-PSS 2011 boleh diambil tindakan MULAI
01/02/2011.
Naik Kelas Murid Sesi 2010 ke 2011 (HANYA BAGI
SEKOLAH YANG MENGGUNAKAN i-NILAM 2010)
1.Klik
butang 'Naik kelas murid sesi 2010...' di skrin utama i-NILAM.
2.Ikut tatacara/arahan yang dipaparkan di skrin
Naik Kelas.
Cetak sijil i-NILAM Keseluruhan dan sijil
i-NILAM Tahunan
Sebelum
cetak sijil sila pastikan perkara berikut:
1. Sila semak dan kemaskini alamat sekolah
2. Sila upload logo sekolah untuk digunakan
sebagai watermark (background) sijil.
Anda boleh mencetak sijil menggunakan kertas sijil
bersaiz A4 ATAU boleh guna kertas A4 biasa.
LANGGANAN SISTEM
ps-SENTRAL ( Automasi Bahan Cetak dan Bukan Cetak/BBM )
Untuk keterangan lanjut atau sebutharga sila email
ke: sale@biosone.tarantula.my